Pages

Sabtu, 13 Mac 2010

Payahnya Malaikat Meminta Tanah Dari Bumi

Payahnya Malaikat Meminta Tanah Dari Bumi
Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu?
Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?
Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama. Berpesan- pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.
BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS (ABUL BASYAR / Bapa segala manusia)
Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapiapabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.
Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.
Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.Akhirnya, Allah menyuruhmalaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:” Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawakerjamu atas perintah dan atas namaKu.”
Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.
Lalu Allah berfirman: “Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambiltanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabutroh manusia.”
Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.Lalu Allah berfirman lagi: “Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.
JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis2. Tanah Bukit Tursina3. Tanah Iraq4. Tanah Aden5. Tanah Al-Kautsar6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah7. Tanah Paris8. Tanah Khurasan9. Tanah(Babylon)10. Tanah India11. Tanah syurga12. Tanah Tha’if
Menurut Ibnu Abbas:1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.
11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13.Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.
PROSESNYA KEJADIANNYA:
1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “sifat”.
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan didalam “Alam Malakut”.
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan “Barul Uluhiyah”.
4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “Kudral-Izzah- Nya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”.Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.
5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.
Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanyahanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warnakukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.
Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.
Tujuh buah letaknya adalah di:
1. Kepala : dua.liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.
Dijadikan pula lima buah pancaindera:
1. Mata alat penglihatan2. Hidung alat penciuman3. Telinga alat pendengaran4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dansebagainya.
Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.
Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itubahagian badannya masih merupakan tanah keras.
Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.
Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.
Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan
Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :”Yarhamukallah”yang membawa erti: “Semoga engkau diberi rahmat Allah”. Oleh kerana itu jikaorang bersin, menjadi sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan “Yarhamukallah” .
Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:“Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa” .(Al-Israk: II)
Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresapsampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.
Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.
(Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun olehMuhammad Isa Selamat)
RENUNGANSesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha pencipta sekian alamdan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana padaAllahLah kita akandikembalikan.
Entri ini dikirim pada hari Khamis, 23 Julai 2009, 3:18 am dan diletakkan dalam kategori Agama, Baru Ku Tahu, Kisah Teladan. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons atau menjejak balik daripada tapak web anda.

Asal kejadian manusia

“APAKAH Engkau akan menjadikan manusia yang akan melakukan kerosakan dan pertumpahan darah di dalamnya, sedangkan kami sentiasa bertasbih dan menyucikan Engkau,” demikian pertanyaan malaikat kepada Allah kerana terkejut dengan pengisytiharan-Nya yang mahu menciptakan Adam dan keturunannya sebagai khalifah di bumi.
Namun, selepas itu malaikat akur keputusan itu.Kemudian Adam diciptakan, iaitu daripada tanah kering yang berasal daripada lumpur hitam. Daripada tanah, Allah menjadikan Adam berperingkat, kemudian meniupkan roh ke tubuhnya.Akhirnya sempurnalah kejadian Adam sebagai manusia, merangkumi otak, darah dan daging, bebas bergerak dan bertindak mengikut kehendak dan akal fikiran.Apabila penciptaan Adam sempurna, Allah memerintahkan semua malaikat sujud kepadanya sebagai memulia dan menghormatinya.Perkara ini dapat dilihat melalui ayat 28 hingga 29 surah Yusuf, maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan-Mu berfirman kepada malaikat; sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia daripada tanah liat kering, daripada lumpur hitam yang diberi bentuk. Apabila Aku menyempurnakan kejadiannya dan meniupkan kepadanya roh (ciptaan) Ku, tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud.”Selepas itu Allah mengajarkan kepada Adam segala nama, yang menjadi asas ilmu pengetahuan sebagai bekalan hidup di bumi. Apabila Adam mendapat ilmu, Allah memperlihatkannya kepada malaikat, dia memiliki darjat yang tinggi dari segi ilmu berbanding malaikat. Lalu malaikat berkata: “Sungguh kami menyucikan Engkau wahai Tuhan kami, kerana kami tidak mengetahui melainkan yang telah Engkau ajarkan kepada kami dan Engkau Maha Mengetahui segalanya, Maha Bijaksana dalam segala urusan yang Engkau ciptakan.”Perkara ini dapat dilihat melalui surah al-Baqarah, ayat 31 hingga 33. Semua malaikat akur dengan perintah Allah dan sujud kepada Adam. Bagaimanapun, iblis dengan angkuh dan sombong enggan berbuat demikian. Iblis memberikan jawapan kepada Allah kononnya dia lebih mulia daripada Adam. Menurut iblis, dia diciptakan daripada api, manakala Adam daripada tanah. Justeru, iblis menyangka dirinya lebih bermaruah dan mempunyai kedudukan tinggi daripada Adam. Melihat gelagat iblis yang bongkak itu, Allah melaknat iblis dan mengusirkannya dari syurga untuk selama-lamanya.Hukuman itu menyebabkan iblis berdendam dengan Adam, lalu ia menyatakan permohonan kepada Allah supaya dipanjangkan usia sehingga hari kiamat. Iblis juga bersumpah untuk menyesatkan anak cucu Adam dari jalan yang benar, dengan mendatangi mereka (manusia) dari setiap penjuru untuk mengawasi kelemahan dan kecuaian mereka, sehingga mengheret ke lembah kesesatan dan derhaka kepada Allah.Permohonan itu dikabulkan, namun Allah turut mengutuk iblis, melalui firmanNya: “Keluarlah kamu dari syurga ini dengan keadaan yang hina, kamu tidak akan mendapat rahmat-Ku dan Aku bersumpah akan memenuhi jahanam dengan kamu sekalian dan orang yang mengikutimu.” Selepas iblis diusir dari syurga, Adam tinggal keseorangan dan pada satu ketika dia terlena. Ketika itu, Jibril mencabut tulang rusuknya di sebelah kiri, dibentukkannya menjadi daging dan tulang, seterusnya terciptalah Hawa, sebagai isteri. Perkara ini dinyatakan dalam surah al-Nisa, ayat 1.Adam dan Hawa tinggal di syurga dengan segala kenikmatan. Namun, Allah melarang mereka dari mendekati sejenis pokok sekali gus menegah memakan buahnya. Mereka diberi amaran, jika melanggar larangan itu, mereka termasuk golongan yang zalim dan akan mendapat balasan daripada Allah.Bagaimanapun, larangan itu tidak dipatuhi. Kemudian, semua pakaian dan perhiasan di syurga yang dipakai mereka terlepas, dengan tiada satu pun tertinggal, melainkan mahkota.Sambil menangis, Adam menoleh kepada Hawa, lalu berkata: “Persiapkanlah dirimu untuk keluar dari sisi Allah. Inilah permulaan munculnya maksiat.” Hawa menjawab: “Wahai Adam! Aku tidak pernah menyangka ada makhluk berani bersumpah palsu kepada Allah.”Di syurga Adam sentiasa berlari kerana malu kepada Allah, sehingga Adam mengira azab Allah dipercepatkan, lalu dia menundukkan kepala dan berkata: “Ampun! Ampun.”Lalu Allah berfirman: “Wahai Adam, adakah kamu melarikan diri dari-Ku?” Adam menjawab: “Tidak, tetapi aku malu kepada Engkau wahai Tuhan!”Kemudian Allah mewahyukan kepada dua malaikat, supaya mengeluarkan Adam dan Hawa dari sisi-Nya, kerana telah menderhakai-Nya. Tanpa berlengah, Jibril melepaskan mahkota di kepala Adam, manakala Mikail mencabut mahkota di keningnya. Selepas diturunkan dari tempat suci ke tempat yang penuh kelaparan, Adam menangisi kesalahannya selama seratus tahun. Dia sentiasa menundukkan kepala di atas kedua-dua lututnya, sehingga titisan air matanya membasahi bumi, menumbuhkan rumput dan pokok.Wahab bin Munabbih menceritakan, Nabi Adam berada dalam kemurkaan Allah selama tujuh hari. Pada hari ketujuh Allah memanggilnya, kemudian memberikan wahyu kepadanya: “Wahai Adam, kesedihan apakah yang Aku lihat menimpamu hari ini? Bencana apakah menimpamu sehingga menyebabkanmu hanyut?“Adam berkata: “Sungguh besar musibah, wahai Tuhan. Aku diliputi kesalahanku sendiri dan aku keluar dari kerajaan Tuhanku, sehingga aku berada di tempat kehinaan, sebelumnya aku berada dalam kemuliaan. “Aku berada di tempat celaka, sebelumnya aku dalam kebahagiaan. Aku berada di tempat sukar, sebelumnya aku dalam kemewahan. Aku di tempat bencana, sebelumnya aku dalam keselamatan. “Aku sekarang berada di tempat yang akn musnah setelah berada dalam ketenangan. Aku sekarang berada di tempat yang hancur setelah berada di tempat kekal abadi dan aku sekarang berada di tempat yang penuh penipuan setelah berada dalam keamanan. Tuhanku, tentu saja aku menangisi kesalahanku? Bagaimana mungkin aku tidak meratapi diriku sendiri?” Allah berfirman kepada Adam: “Bukankah Aku telah memilihmu untuk diri-Ku? Aku telah menghalalkan rumah-Ku untuk dirimu, Aku memilihmu atas semua makhluk-Ku, Aku mengkhususkan keramat-Ku terhadap dirimu, Aku mencurahkan kecintaan-Ku terhadap dirimu, Aku memberi peringatan kepadamu akan kemurkaan-Ku?Bukankah Aku menciptakanmu sendiri, Aku telah meniupkan nyawa ke dalam tubuhmu, Aku memerintahkan malaikat supaya sujud dan bukankah Aku menjadikanmu sebagai pendamping-Ku di syurga-Ku. Kamu menggunakan keramat-Ku sekehendakmu sendiri, sehingga kamu telah menderhakai perintah-Ku, kamu telah melupakan janji-Ku dan mensia-siakan wasiat-Ku? Bagaimana sekarang kamu akan memungkiri seksaan-Ku?Demi kemuliaan dan keagungan-Ku, seandainya bumi ini penuh dengan orang seperti kamu, di mana (mereka) sentiasa bertasbih malam dan siang tiada hentinya. Kemudian mereka menderhakai Aku. Aku akan memberikan tempat kepada mereka seperti tempat orang yang derhaka. Sesungguhnya Aku mengasihani kelemahanmu, mengangkatmu dari kejatuhan, menerima taubatmu, mendengar permohonanmu yang tulus dan Aku mengampuni dosamu.”Lalu disuruh-Nya Adam berkata: “Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau ya Allah dengan segala puji-Mu, aku telah menganiaya diriku sendiri dan aku melakukan kejahatan, terimalah taubatku. Sesungguhnya, Engkau Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Pengasih.” Kemudian Allah mengirimkan kepada Adam sebuah khemah dan diletakkannya di tempat berdirinya Kaabah (sebelum Kaabah itu sendiri diciptakan). Di sanalah Adam tinggal dan seterusnya mengembangkan keturunannya. Susunan Idris Musa
' );
//-->\n
idris@hmetro.com.my
' );
//-->

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
' );
//-->

©The New Straits Times Press (M) Berhad

Jumaat, 1 Januari 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Tepat jam 12 tengahmalam pelbagai bunyian kedengaran walaupun kampung SRI HAK ini merupakan sebuah kampung yang jauh dari keriuhan kira-kira 70km dari bandar Lahad Datu. Apa yang pasti dimana kita berada semestinya bunyi-bunyian yang membingitkan telinga kedengaran apabila tiba Tahun Baru tak kira kita dibandar mahupun didesa. Inilah cara kita menyambutnya dari dahulu hingga sekarang dengan menggunakan alat yang menganggu ketenteraman orang lain yang sedang diulit mimpi.

Tiba di pagi tahun baru kita dikejutkan di berita-berita perdana yang menceritakan kemalangan yang mengerikan. Saya merenung sejenak tetang perkara ini, kenapa perkara ini harus berlaku sehingga mengorbankan nyawa, dimana silapnya? Fikirkanlah!!!!!

Kami sekeluarga telah merancang menyambut tahun baru agak sederhana iaitu berkhelah sebuah pantai yang sememangnya menjadi idaman setiap penduduk disini yang mahukan ketenangan dan kedamaian, pantai tersebut ialah SRI PANTAI namanya. Tepat jam 1.30 ptg kami telah bertolak dari rumah menuju ke Sri Pantai, tiba dipersimpangan kami dapati sepanjang jalan menuju kepantai telah dipenuhi kenderaan dan orang ramai sehinggakan kami tidak jadi meneruskan perjalanan kami kerana jalan sudah ditutup oleh kenderaan yang diletakkan di tepi jalan. Kami sekeluarga mengambil kata putus untuk mencari tempat perkhelahan yang lain, berdekatan kawasan tersebut. Tiba di satu simpang kami masuk kedalam sehingga kami sampai kehujung jalan menuju pantai terdapat beberapa kelibat orang tengah mandi laut di pantai tersebut. Setiba di Pantai kami memberhentikan kereta berdekatan sebuah Surau. Kami bergegas turun dari kereta dengan membawa bekalan makanan dan minuman serta pelampung untuk kami mandi laut.

Cuaca pada hari itu agak mendung dan ada kalanya panas sekejap-sekejap dan juga hujan pun mengundang pada hari itu. Kami tidak melepaskan peluang untuk mandi laut bersama keluarga, ketika mandi laut kami melihat sepanjang pesisir pantai dari hujung hingga hujung pantai dipenuhi oleh orang ramai seperti sang semut tengah membuat kerja masing-masing. kepesatan orang ramai disepanjang pantai tersebut adalah satu tujuan yang sama iaitu menyambut tahun baru. Sememangnya pantai tersebut adalah sebuat tempat menarik yang boleh dijadikan tempat pelancongan di Daerah Lahad Datu. Sepanjang pantai tersebut adalah dibawah nama kawasan kampung Makuau dimana dalam kampung makuau ini terdapat pantai yang unik termasuklah sebuah tempat pada mulanya kami mahu berkhelah iaitu Sri pantai.

Saya mengharapkan agar kawasan pantai ini dijadikan tempat pelancongan dan diwartakan. Semoga harapan ini dapat direalisasikan oleh pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini.

Sekian terima kasih.

Ahad, 27 Disember 2009

RAKYAT SILAM TERIMA LOJI JANAKUASA ARANG BATU


MAJORITI penduduk Silam menerima dengan tangan terbuka pembinaan loji janakuasa arang batu di Sinakut seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Tawau pada 13 September 2009.
Jurucakap penduduk, Kunsul Nahul, ketika menghubungi sabahkini.net berkata, beliau baru kembali daripada lawatan ke Loji Janakuasa Arang Batu di Manjung, Perak dan Pelabuhan Kelang, Selangor.
Menurut Kunsul, beliau beserta rombongan seramai 18 orang yang diketuai Adun Tungku, Datuk Suhaili Said, berlepas ke Semenanjung Malaysia untuk mengadakan lawatan sambil belajar dan meninjau sendiri senario sebenar kesan loji janakuasa arang batu sebagaimana yang digembar-gemburkan selama ini.
Rombongan yang diketuai Adun Tungku, Datuk Ustaz Suhaili Haji Said disertai 18 orang yang terdiri daripada Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Lahad Datu, Mat Jaidin Haji Yassin; Penolong Pegawai Daerah Tungku, Ibrahim Haji Abd Hakim; Pemimpin Kemajuan Rakyat Tungku, Datu Baniamin Datu Jamaluddin; Pegawai Perhubungan Parlimen Silam, Kunsul Nahul; CDO Tungku, Kamaruddin Hamid; Kapitan Cina Lahad Datu, Leong Kit Way; Ketua-Ketua Anak Negeri Tungku, Abdillah Hamzah dan Momen @ Abd Momen Anchai @ Anghai; Pemaju Mukim Tungku, Abdul Kayum Malanti @ Haji Omar; Pemaju Mukim Tambisan, Nuroddin Abd Rajin; Pemaju Mukim Silabukan, Abd Hadji Asari; Pemaju Masyarakat Tungku, Abdul @ Abdul Majid Alam; Ketua Kampung Tanjung Labian, Haji Mahmood Mallang; Pengerusi JKKK Kampung Sinakut, Raut Bani; Pengerusi JKKK Kampung Nala, Sabtu Susulan; Pengerusi JKKR Felda, Bakar Jafar @ Jaafar; Penduduk Sinakut, Abd Mutalib Alias dan Wartawan Utusan Borneo, Abdul Naddin Sahiddin.
“Apa yang kita saksikan adalah bercanggah dengan dakwaan pembangkang terutama NGO yang telah memberi maklumat yang salah kepada warga Lahad Datu dan rakyat Sabah sehingga mereka melakukan penentangan secara terbuka sedangkan isu ini harus ditangani secara bijaksana,” ujar Kunsul yang berterima kasih kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang menaja kos lawatan mereka selama di Semenanjung Malaysia.
Tegas Kunsul, NGO tertentu telah ditunggangi pembangkang telah bertindak secara luar biasa memfitnah TNB dan menggembar-gemburkan kesan loji janakuasa ini kepada manusia dan alam sekitar.
“Menurut Nelayan di Pelabuhan Kelang, kerang dan hidupan laut amat subur di kawasan berdekatan loji dan kita dapati buangan sisa pepejal diurus dengan baik dan tidak berlaku sebarang pencemaran atau pelepasan sisa toksik,” tegas Kunsul yang berpuas hati dengan penjelasan dan laporan kesan alam sekitar yang dibentangkan kepada mereka sepanjang lawatan berkenaan.
Kunsul turut mendesak Kerajaan Negeri Sabah agar tidak lagi tunduk kepada bantahan NGO dan parti politik yang menjadikan isu ini sebagai ‘batu loncatan’ untuk menanam pengaruh mereka yang selama ini menjadi ‘pengacau’ dalam sistem sosial di parlimen Silam.
Walaupun terdapat laporan negatif berhubung kesan alam sekitar akibat pembinaan loji janakuasa berkenaan, namun kata Kunsul, ianya akan dapat diatasi melalui cerakinan teknologi dan pencerapan kimia secara alami tanpa mendatangkan kesan jangka panjang kepada habitat semula jadi dan ekosistem alam sekitar.
Kata Kunsul, tapak cadangan loji janakuasa arang batu berkenaan di Sahabat 11 dan bukannya di Kampung Sinakut, sebaliknya 500 meter daripada sempadan pantai kampung Sinakut yang akan dijadikan jeti dan jalanraya ke janakuasa berkenaan.
Sehubungan itu, tidak timbul soal bantahan penduduk kampung, melainkan masalah khilafiah berhubung perpindahan pemindahan penduduk kampung daripada zon penampan (buffer zone) dan kadar gantirugi, namun ianya akan dapat diselesaikan dengan baik.
“Saya harap agar NGO dan pembangkang tidak lagi meniupkan api sentiment fitnah dan memburukkan usaha kerajaan menyelesaikan masalah bekalan elektrik yang begitu meruncing di Pantai Timur Sabah,” ujar Kunsul yang mencabar NGO dan pembangkang menyaman TNB jika dua loji yang mereka lawati gagal memenuhi piawaian alam sekitar.